Azmin: Usah Spekulasi Mengenai PC Perletakan Jawatan Tian Chua kabarmalay3.blogspot.com


PERMATANG PAUH: Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali menggesa semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi mengenai Tian Chua yang mengadakan sidang media tergempar selepas dikatakan akan mengumumkan peletakan jawatannnya.

Katanya, beliau tidak tahu apa-apa mengenai peletakan jawatan Tian Chua dan meminta semua pihak “tidak membuat spekulasi”.

Beliau ketika menghadiri sebuah acara anjuran PKR di sini hari ini, turut menolak dakwaan berlaku pertikaian berhubung pemilihan calon di Selangor.

The Star hari ini melaporkan sehingga lapan nama yang dikemukakan Azmin digugurkan atau ditolak Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Azmin berkata, proses pemilihan calon PKR “amat telus” dan jawatankuasa pemilihan terdiri daripada pemimpin parti, pengarah pilihan raya dan ketua Pemuda serta Wanita.

“Saya tiada sebarang senarai. Ia adalah senarai parti,” katanya.

“Kami akan mengumumkan senarai penuh calon dalam tempoh kurang 48 jam.” #sumber

Subscribe to receive free email updates: