Ketika memberi amaran itu hari ini, Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) turut meminta mereka yang tidak terpilih sebagai calon supaya tidak terlalu mengikut hati selain memahami Perlembagaan UMNO serta konsep wala' dan tabayyun yang diamalkan parti.
"Kita bermuzakarah, berbincang dan bertukar-tukar fikiran barulah kita dapat calon yang kita kehendaki. Itulah konsep yang selalu kita laung-laungkan iaitu kita wala' dan tabayyun.
"Wala' iaitu mengikut apa yang ketua kita telah putuskan dan tabayyun dengan bersama-sama untuk memastikan keputusan ketua dapat dilaksanakan," katanya mengulas desas-desus Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi akan bertanding sebagai calon Bebas selepas tidak disenaraikan sebagai calon BN pada PRU14.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengedarkan 9,000 kad PutraPay kepada pelajar, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas di Putrajaya Sentral di sini hari ini, yang membolehkan mereka menaiki bas Nadiputra secara percuma dimana-mana laluan bas berkenaan selama setahun. #sumber