PRU14: Ismail Sabri Berhadapan Tiga Penjuru Di Kerusi Parlimen Bera kabarmalay3.blogspot.com


BERA: Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mewakili Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Bera akan menghadapi persaingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Beliau yang juga penyandang kerusi parlimen itu ditentang Musaniff Ab Rahman daripada PAS dan calon PKR Zakaria Abdul Hamid.

Pengawai Pengurus Pilihan Raya kawasan Bera Datuk Razihan Adzharuddin kemudiannya mengumumkan calon bertanding untuk Parlimen Bera, DUN Guai, DUN Triang dan DUN Kemayan pada 12.40 tengah hari,.

Bagi DUN Guai penyandang kerusi itu Datuk Seri Norol Azali Sulaiman (BN) ditentang Ahmad Majdil Fauzi Abd Aziz (PKR) dan Mohd Shahrul Mohamed (PAS).

DUN Triang pula bakal menyaksikan perlawanan satu lawan satu antara penyandang Leong Yu Man (PKR) dan Tan Tin Loon (BN), manakala DUN Kemayan turut menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara penyandang Datuk Mohd Fadil Osman (BN), Monalan Mohamad (PKR) dan Md Yusof Che Din (PAS). #sumber

Subscribe to receive free email updates: