Zahid: "Raja Bomoh" Tak Tanding Pilihanraya Umum Kerana Muflis kabarmalay3.blogspot.com


BAGAN DATUK: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Raja Bomoh atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zin tidak bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen Bagan Datuk kerana muflis.

Raja Bomoh yang sebelum ini mengumumkan hasrat bertanding kerusi itu tidak kelihatan di pusat penamaan calon di Dewan Gemilang, Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk di sini sehingga tempoh penamaan calon tutup pukul 10 pagi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata Ibrahim telah diisytiharkan bankrap oleh Jabatan Insolvensi.

"Saya mengalu-alukan kedatangannya tetapi dia ada masalah dan itu bukan tanggungjawab kita," katanya pada sidang media selepas proses penamaan calon di sini hari ini.

Ibrahim mengumumkan pengundurannya daripada bertanding di kawasan Parlimen Bagan Datuk bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menerusi laman sosial Facebook 'Raja Bomoh Politik' petang semalam. #sumber

Subscribe to receive free email updates: