Mereka Yang "Pertikaikan" Sistem Pilih Calon Tak Bertanggungjawab ! kabarmalay3.blogspot.com


KUANTAN: Tindakan individu yang mempertikaikan sistem pemilihan calon Barisan Nasional (BN) secara terbuka termasuk menerusi media sosial hanya disebabkan tidak terpilih untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14, adalah perbuatan tidak bertanggungjawab, kata Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata mereka sepatutnya membuktikan kematangan dan menerima keputusan pucuk pimpinan dengan hati terbuka.

"Inilah masanya anggota parti diuji sama ada apa yang kita cakap selama ini hanya bersifat retorik atau betul-betul menghayati konsep kesetiaan kepada parti.

Selama ini kita mendengar mereka bercakap akan menyokong siapa sahaja yang dipilih. Jadi di sini kita boleh melihat bagaimana mereka yang tidak dipilih menghadapi ujian ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Fasa 2 Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari, di sini hari ini.

Turut hadir balu legenda bola sepak negara Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari, Datin Tengku Zarina Tengku Ibrahim. #sumber

Subscribe to receive free email updates: