PRU14: Pengundi Temerloh, DUN Lanchang Wajar 'Angkat' Pejuang Rakyat Khaidir Ahmad kabarmalay3.blogspot.com


TEMERLOH: Calon bebas DUN Lanchang dan Parlimen Temerloh, Khaidir Ahmad terus bersemangat dengan kempen PRU14 caranya tersendiri. Beliau turun padang bertengkolok sambil membawa risalah bertemu orang ramai. 

Khaidir membawa mesej jelas untuk perjuangan alam, seni budaya dan pembelaan rakyat marhaen. Beliau adalah seorang pejuang alam sekitar yang begitu berani dan bersemangat waja. Banyak mendedahkan isu kepincangan dan penyelewengan hutan yang sering berlaku di negeri Pahang sejak sekian lama.

Keberanian beliau inilah membuktikan dia layak diangkat ke Dewan Rakyat atau pun Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU14 ini.

Dia bertanding bebas kerana tidak mempunyai platform parti. Namun perjuangan yang beliau bawa sebenarnya lebih mulia daripada mana-mana pemimpin parti.

Walau pun beliau pernah disaman akibat pendedahan beraninya, namun semangat juang yang cukup tinggi dalam dirinya berjaya membawa beliau bertanding dia dua kerusi sekali gus pada PRU14 ini.

Justeru, warga Temerloh perlu sedia mengangkat pejuang rakyat seperti Khaidir Ahmad demi menyelamatkan alam sekitar yang terus tercemar mutakhir ini.

Ramai pemimpin yang bercakap soal alam sekitar, tapi mereka tidak cakna malah membiarkan kerakusan pihak tidak bertanggungjawab terus meneroka hutan secara haram tanpa ada tindakan tegas.

Di Pahang, isu penerokaan hutan secara haram, pencemaran alam sekitar sering berlaku di sana sini. Seolah-olah negeri Pahang tidak mempunyai undang-undang khusus untuk mengatasi semua permasalahan ini.

Maka, mengangkat insan seperti Khaidir Ahmad ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri adalah satu tugas mulia yang harus dilakukan oleh semua pihak tanpa membezakan fahaman politik kepartian masing-masing.

Khaidir menggunakan lambang "Gajah" sebagai simbolik dan berkait rapat dengan bumi Pahang. Sudah tiba masanya, pengundi di parlimen Temerloh dan DUN Lanchang melihat kekuatan yang ada dalam diri pejuang rakyat dari terus memberi kuasa kepada mereka yang tidak prihatin dengan alam sekitar yang terus tercemar sekarang ini.

Pengundi Parlimen Temerloh dan DUN Lanchang wahar angkat pejuang rakyat seperti Khaidir Ahmad pada PRU14 ini. #PDO

Subscribe to receive free email updates: