Liow Tong Lai: Pecat 12 Anggota MCA, Tak Boleh Di Anggap Krisis Parti kabarmalay3.blogspot.com


BENTONG: Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menegaskan bahawa parti itu tidak mempunyai masalah dalaman, sebaliknya lebih mantap dan bersatu padu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.

Beliau berkata isu pemecatan 12 anggotanya semalam tidak boleh dianggap ada wujudnya krisis dalaman parti kerana mereka ini mempergunakan parti ini untuk agenda peribadi masing-masing tanpa mengutamakan kepentingan kepartian.

"Kita yakin masih ramai anggota dan veteran parti mendukung dan menyokong perjuangan parti," katanya kepada pemberita semasa kempen hari ketiganya sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi mempertahankan kerusi Parlimen Bentong di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu pemecatan 12 anggotanya yang didapati melakukan tindakan bercanggah dengan Artikel 122 perlembagaan kerana bertanding sebagai calon Bebas dan calon parti pembangkang pada PRU14.

Tujuh daripada mereka telah bertindak menjadi calon Bebas dan calon parti pembangkang manakala lima lagi menjadi pencadang atau penyokong atau saksi kepada calon-calon tersebut. #sumber

Subscribe to receive free email updates: