Anak Arwah Tok Guru: Saya Tidak Mengajak Rakyat LAWAN ISLAM kabarmalay3.blogspot.com


Mesej pertama Ust Nik Omar buat rakyat Kelantan dan Malaysia.

Petikan sidang media pertama Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz : 

Pertamanya syukur atas segala nikmat & kurniaan Allah Taala atas semua yang terjadi. 

Saya melihat sendiri bagaimana ayahanda saya berjuang dalam gerakan Islam & politik.

Apabila ada peluang begini saya terpaksa berpikir panjang dan tidak boleh lari dari memohon pada Allah untuk tunjukkan jalan terbaik. 

Ini adalah "qadarallah"  iaitu bersama ingin menyumbang ke arah Negara lebih baik. 

Disaat ini PH adalah gabungan yg terbaik untuk ambil alih pentadbiran di Malaysia. 

Saya percaya kita semua mempunyai matlamat yang sama ingin membawa Malaysia ke arah lebih baik. 

Situasi ini "sama macam kita nak ke Mekah, ada yang naik Kapal Terbang, naik kapal laut. Yang penting semua nk cari keredhaan Allah Taala. "Fastabiqul Khairat" iaitu berlumba-lumba mencari kebaikan. 

Ada yg bertanya mengenai hubungan keluarga saya. Saya ingin nyatakan hubungan kekeluargaan itu perlu dijaga. Selisih pandangan itu perkara biasa. Saya sendiri mendoakan kejayaan buat adinda saya Ustaz Nik Abduh. Saya juga percaya beliau akan mendoakan kejayaan buat saya di DUN Chempaka

Chempaka tidak asing bagi saya. Sejak kecil lagi saya telah ikut ayahanda ketika beliau menjadi ADUN Chempaka buat sekian lamanya. Jadinya saya rasa terpanggil untuk meneruskan legasi yg beliau bawa. Terutama di Kelantan amnya dan di Malaysia. 

Saya tidak mengajak rakyat melawan Islam. 
Saya ajak rakyat berpegang pd Al Quran. 
Saya tidak mengajak untuk gunakan kekerasan.
Saya mahu mengajak kita menjunjung harapan.
Saya juga tidak mengajak kita mengangkat senapang, tetapi kita hanya menggunakan Qolam "Pen" untuk berjuang. 
Saya juga tidak mengajak untuk pangkah (kutuk) orang. Tetapi kita bersama pangkah harapan demi sebuah kebajikan. 

Hubungan Islamiah saya terhadap orang PAS termasuk juga pada bukan Islam akan terus dipelihara. 

Secara peribadi pendekatan yg dibawa oleh Pakatan Harapan mirip kepada perjuangan yg dibawa oleh Almarhum TGNA. Gabungan ini yang menjadi kekuatan untuk melawan Barisan Nasional. Adapun saya juga hormati pendirian PAS dalam situasi politik semasa hari ini. 

Akhirnya saya mahu mati sebagai orang mukmin yg beriman.

Nik Omar Nik Abdul Aziz
Calon Pakatan Harapan
Dun Chempaka,Kelantan.
-Sidang Media Kota Bharu-


Subscribe to receive free email updates: