Ceramah PH Di Felda Mempaga 1, Salahuddin Hentam Najib & PAS ! kabarmalay3.blogspot.com


BENTONG: Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub menjadikan ceramah Pakatan Harapan (PH) di Felda Mempaga 1, di sini sebagai medan buatnya untuk menghentam Pas.

Selain menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ditadbir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai sebuah kerajaan zalim, Pas juga dituduhnya sebagai sebuah parti yang tidak mengamalkan ajaran Islam apabila dilihat bekerjasama dengan UMNO.

"Bagaimana Pas sebagai sebuah parti Islam boleh bersekongkol dengan Najib yang mencuri duit rakyat? Pas apa ini, ini bukan ajaran Islam. Saya minta semua jangan undi Pas, undi Pas bermakna bagi undi kepada UMNO," katanya.

Turut hadir dalam ceramah yang hanya dihadiri kira-kira 50 orang itu ialah calon PKR bagi Parlimen Bentong, Wong Tack dan calon Dewan Undangan Negeri (DUN), Ketari, Young Syefura Othman. #sumber

Subscribe to receive free email updates: