PRU-14: "Calon Muda" BN Pahang Fokus Suara Akar Umbi, Pengundi kabarmalay3.blogspot.com


KUANTAN: Menjadi calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) merupakan satu tangggungjawab besar patah lagi bagi calon muda yang pertama kali turun ke gelanggang pilihan raya umum.

Ilmu politik yang belum penuh di dada berbanding dengan calon lama yang sudah masak dengan selok belok dalam arena itu sudah tentu sedikit sebanyak memberi tekanan kepada mereka untuk membuktikan kemampuan memberikan kemenangan kepada BN.

Bagi calon BN untuk kawasan Parlimen Paya Besar Mohamad Shahar Abdullah, 38, dalam menggalas tanggungjawab itu, beliau akan memberi fokus kepada suara akar umbi selain pengundi khususnya pengundi muda.

"Tetapi dalam masa yang sama saya juga tidak akan meminggirkan harapan dan suara golongan orang yang lebih berpengalaman," kata ketua Pemuda UMNO Pahang itu kepada Bernama ketika ditemui selepas Majlis Pengumuman dan Penyerahan Watikah kepada calon-calon BN Pahang bagi PRU14 di sini, hari ini.

Selain Mohamad Shahar, dua srikandi muda MCA turut tercalon buat pertama kali bagi PRU14 ini. #sumber

Subscribe to receive free email updates: