"Wakil" Calon PAS DUN Lanchang Meninggal Dunia Masa Mesyuarat kabarmalay3.blogspot.com


TEMERLOH: Wakil calon PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Lanchang, Nor Azizi Che Soh, 58, meninggal dunia semasa mesyuarat penyelarasan pilihan raya di bilik mesyuarat Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) di sini hari ini.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Temerloh Datuk Azlan Md Yaman mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama.

Menurutnya, sebelum kejadian Nor Azizi sedang bermesyuarat penyelarasan wakil calon dan ejen pilihan raya bersama Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) di bilik mesyuarat MPT.

Katanya, Allahyarham kemudian pengsan dan terjatuh dari kerusi pada pukul 4.30 petang dan dikejarkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah sebelum disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Difahamkan, Nor Azizi juga adalah Anggota Jawatankuasa PAS kawasan Temerloh hadir pagi tadi sewaktu proses penamaan calon di Dewan Tun Razak di sini sebagai wakil calon PAS DUN Lanchang Hasan Omar. #sumber

Subscribe to receive free email updates: