Ahli Perniagaan Gagal Bertanding Calon Bebas DUN Semambu PRU! kabarmalay3.blogspot.com


KUANTAN: Seorang ahli perniagaan, Joseph Tang, 40, yang mahu bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke -14 (PRU-14) sebagai calon Bebas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semambu kecewa apabila gagal melakukan demikian ekoran dokumennya tidak lengkap.

Joseph tiba di pusat penamaan calon di Wisma Belia Indera Mahkota, dekat sini kira-kira pukul 9 pagi ini.

Katanya, keinginan untuk bertanding pada PRU-14 adalah disebabkan mempunyai sokongan di laman sosial sebelum ini.

“Saya membeli borang pencalonan itu Isnin lalu, tetapi tidak mengetahui dokumen yang perlu disediakan untuk menjadi calon. Sebaik sahaja tiba di lokasi, saya diberitahu dokumen tidak lengkap.

“Saya tidak mempunyai pengalaman, jadi perkara ini akan jadi pengajaran kepada saya jika mahu bertanding pada masa akan datang,” katanya. #sumber

Subscribe to receive free email updates: