Fuziah Dakwa Pakatan Harapan Tiada Masalah Bersaing Tiga Penjuru kabarmalay3.blogspot.com


KUANTAN: Biarpun dijangka menyaksikan pertembungan tiga penjuru, namun Pakatan Harapan (Harapan) percaya tidak menghadapi masalah untuk kekal menang kerusi Parlimen Kuantan.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR,  Fuziah Salleh berkata, pertembungan tiga penjuru sebenarnya memberi kelebihan kepada PKR berdasarkan keadaan semasa.

Beliau berkata, rakyat melihat Harapan sebagai pakatan yang kuat untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada selepas mereka ‘sakit’ dan ‘perit’ dengan dasar kerajaan sedia ada.

“Kalau tiga penjuru ke... empat penjuru ke.. lima penjuru sekali pun, rakyat akan lihat ia sebagai spoiler. Mereka hanya lihat pakatan yang paling kuat sebab mereka sudah perit, sengsara dengan dasar kerajaan sedia ada yang banyak menghimpit mereka dengan kos sara hidup.

“Saya rasakan apa yang rakyat mahu dan rakyat akan lihat adalah spoiler yang hendak lawan Umno, lawan BN, memastikan UMNO dan BN kalah dan kerajaan baharu dibentuk. Semua orang ambil berat mengenai perkara ini,” katanya pada sidang media selepas melancarkan laporan prestasi sepanjang dua penggal menjadi Ahli Parlimen Kuantan di Bilik Gerakan, Pusat Khidmat PKR, di sini, semalam.

Turut hadir, calon kerusi DUN Inderapura, Fakhrul Anuar Zulkawi dan calon kerusia Dun Teruntum, Sim Chon Siang.

Sementara itu, Fuziah berharap calon BN yang akan bertanding di kerusi Parlimen perlu bertanding secara gentlemen.

“Saya mahu bertanding secara sihat dan kita tampilkan apa yang kita boleh tawarkan kepada masyarakat. Seperti hari ini (semalam), saya tampilkan laporan kad saya untuk rakyat nilai dan fikir sendiri," katanya. #sumber

Subscribe to receive free email updates: