Bercakap kepada Bernama di sini hari ini, Paul berkata beliau keluar daripada PKR kerana hilang kepercayaan dengan pucuk pimpinan parti itu, yang disifatkannya berpuak-puak dan perjuangan mereka terlalu kabur.
"Saya sangat terkilan apabila barisan pembangkang tidak bersatu, berpecah, saling bergaduh, tiada persefahaman dan tidak konsisten.
"Sepanjang berada dalam blok pembangkang, seolah-olah saya berjuang untuk kalah. Ia satu perjuangan yang sia-sia. Saya menyedari hakikat itu," katanya.
Pada 2008, Paul bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sook, tetapi tewas kepada calon BN Datuk Elron Alfred Angin, dan sekali lagi pada 2013 di DUN Liawan, tetapi tewas kepada calon BN Datuk Sairin Karno. #sumber