Harga petrol naik 3 sen, diesel naik 6 sen kabarmalay3.blogspot.com

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Harga runcit bagi petrol RON95 dan RON97 naik bermula tengah malam ini sebanyak tiga sen seliter, manakala diesel pula naik enam sen. 
 
Harga baru itu diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menerusi Twitter rasminya, hari ini. 
 
Bagi tempoh 4 Januari hingga 10 Januari, harga runcit RON95 ialah RM2.29 seliter berbanding RM2.26 seliter, manakala RON97 ialah RM2.56 seliter berbanding RM2.53 seliter.
 
Harga bagi diesel pula naik kepada RM2.32 seliter, berbanding RM2.26 seliter.
 
Mekanisme pengumuman harga minyak secara mingguan itu mula berkuat kuasa pada 29 Mac tahun ini.
 
Harga petrol dan diesel diletakkan di bawah sistem apungan terkawal secara bulanan sejak 1 Disember 2014, berikutan penghapusan subsidi minyak

Subscribe to receive free email updates: