BEKAS KETUA POLIS NEGARA, MANTAN PERDANA MENTERI SAHKAN BAHAWA DS NAJIB TIDAK TERLIBAT DAN TIDAK ADA KAITAN DENGAN KES PEMBUNUHAN MODEL MONGOLIA, ALTANTUYA...
- Kes ini telah disiasat, dibicarakan dan diputuskan di Mahkamah Persekutuan. Ia adalah kes sembilan tahun yang tanpa pengakhirannya kerana ia terus “dikitar semula” oleh Pembangkang.
- Memandangkan ia adalah kes mahkamah yang berpanjangan, pihak yang membuat rayuan mempunyai masa yang mencukupi untuk memberi keterangan dan menceritakan segala-galanya kepada mahkamah. Jadi, mengapa kita perlu mendengar kepada individu-individu yang telah memberi keterangan dan didapati bersalah terhadap jenayah itu?
- Apa yang penting ialah penghakiman itu telah membawa keadilan kepada semua orang, yang paling penting buat keluarga mangsa, kepada tertuduh dan juga kepada saya.
- Saya telah banyak kali menyatakan bahawa saya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan isu ini, malah saya telah pun melafazkan sumpah Al-Quran di sebuah Masjid.
- Rakyat perlu mengambil kira bahawa dalam politik, banyak isu yang terus dimainkan, dan ini adalah satu daripadanya. Ia menjadi panas ketika saya merupakan bakal perdana menteri dan pembangkang memerlukan cara untuk menghalang saya daripada menyandang jawatan itu.
- Oleh kerana kedua-dua pengawal peribadi itu pernah bekerja untuk saya, dan Razak Baginda adalah rakan dan sekutu, mereka cuba untuk mengaitkan perkara itu dengan saya. Razak Baginda telah secara terbuka mengakui perhubungannya dengan Altantuya tetapi saya sama sekali tidak tahu mengenainya.
- Pakatan dan media mereka telah secara tidak bertanggungjawab cuba untuk memainkan perang saraf ini dengan cuba mengaitkan saya dan mempengaruhi persepsi.
- Malah, mereka sanggup melakukan teknik tindanan terhadap gambar saya makan malam dengan mangsa di sebuah restoran. Dalam era media sosial kini, perkara-perkara ini mudah menjadi viral tanpa kawalan, termasuk gambar yang ditindan itu.
- Tun Abdullah Ahmad Badawi, bekas perdana menteri, telah menerima laporan siasatan penuh daripada pihak polis dan secara peribadi telah mengesahkan bahawa saya tidak terlibat.
- Berikutan perkembangan di atas, adalah tidak adil untuk memaksa saya menyiasat kes ini lagi dan mendesak untuk tahu siapa, jika ada sesiapa, yang mengarahkan pembunuhan itu. Saya tidak terlibat dan tidak tahu apa-apa. Mahkamah telah memutuskan siapa yang bersalah bagi pembunuhan itu. Itu sepatutnya menjadi pengakhiran cerita ini.
- Saya merasa terganggu kerana isu ini dibangkitkan sekali lagi. Kita semua tahu bahawa jika pemimpin-pemimpin veteran berkeras membangkitkannya, walaupun secara sepintas lalu, ia secara automatik akan menyebabkan isu ini dibangkitkan sekali lagi.
- Individu-individu berpengaruh berkenaan mempunyai banyak sumber. Apabila isu ini meletus, saya percaya mereka masih dapat mengesahkan kesahihan tuduhan itu. Jika mereka percaya ini benar, mengapa mereka tidak membangkitkannya ketika isu itu tercetus 8 tahun lepas? Mengapa sekarang? Ada yang berkata bahawa mereka hanya mempersoalkan isu ini sekarang kerana ia telah bertukar menjadi suatu perkara berkaitan hidup dan mati orang yang telah disabitkan kesalahan itu. Tetapi kes ini telah dibicarakan di mahkamah, dengan keputusan yang jelas dan hukuman yang dikenakan. Adakah mereka mempertikaikan sistem kehakiman yang diwujudkan mereka?
- Walaupun perbincangan dan pertimbangan secara panjang lebar oleh mahkamah, masa yang mencukupi telah diberikan kepada pihak yang merayu supaya kes mereka didengar dan diadili, Sumpah Laknat saya (Bersumpah Al-Quran), penafian yang saya lakukan berulang kali, penjelasan umum oleh Razak Baginda, sesetengah orang terus mempersoalkan isu ini dan terus cuba untuk membabitkan saya.
Sumber : NajibRazakdotcom