KUANTAN: Finalis 2017, Pahang berjaya membalas dendam terhadap juara bertahan, Kedah selepas mencatatkan kemenangan tipis 1-0, sekali gus mara ke pusingan suku akhir Piala FA.
Pada aksi pusingan ketiga di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam ini, jaringan tunggal pemain import dari Gambia, Mohamadou Sumareh pada minit ke-45, membantu skuad kendalian Dollah Salleh melangkah ke peringkat lapan terakhir.
Ia pasti menjadi satu kemenangan manis kepada skuad Tok Gajah, selepas tewas 3-2 kepada skuad Hijau Kuning pada perlawanan akhir edisi 2017 di Stadium Shah Alam. #sumber