Beliau berkata sehubungan itu parti komponen BN negeri akan akur dengan keputusan dibuat pucuk pimpinan BN berhubung kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen yang akan ditandingi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.
"Setelah menjalin kerjasama sejak sekian lama, sikap tolak ansur ada pada setiap parti komponen BN yang membolehkannya kekal memegang tampuk pemerintahan negara," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan surat tawaran dan cabutan undi bagi 53 buah rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kampung Baris, Pelangai di sini, hari ini.
Adnan yang juga menteri besar berkata, manifesto BN negeri bagi PRU14 telahpun siap dengan berteraskan janji-janji yang lebih realistik untuk kebajikan rakyat berbanding manifesto pihak pembangkang.
"Manifesto mereka (pembangkang) tidak realitistik, contohnya jika nak hapuskan semua cukai, di mana kerajaan akan peroleh pendapatan untuk perbelanjaan negara, jadi sebagai rakyat janganlah mudah tertipu. Inilah kerajaan (BN) yang selama ini telah berjaya menguruskan negara dan jaga kebajikan rakyat dengan baik," katanya. #sumber