Wakil rakyat DAP hari ini menggesa Speaker Dewan Rakyat,Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk menghentikan laporan persempadanan semula daripada dibentangkan di Parlimen.
Anggota Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham berkata ini kerana selepas kerajaan negeri Pulau Pinang memfailkan usul bagi mendapatkan kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan pada 17 Mac lalu dengan lapan soalan perundangan untuk pertimbangan mahkamah tertinggi negara ini.
"Ia akan memudaratkan speaker jika membenarkannya dibentangkan untuk kelulusan," katanya dalam sidang media di Parlimen, hari ini.
Kerajaan Pulau Pinang pada Jumaat memfailkan usul bagi mendapatkan kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan.
Peguam kerajaan Pulau Pinang, Leong Cheok Keng berkata Parlimen tidak patut membincangkan perkara mengenai laporan persempadanan semula kerana ia belum diputuskan mahkamah lagi dan masih dalam pertimbangan kehakiman (subjudis).