Dalam kitab Ar-Risalah al-Qusyairiyyah disebutkan, "Yang tidak meyuarakan kebenaran adalah syaitan bisu." (Lihat hlm 62 bab as-shumti). Ungkapan ini bukan hadis, tapi dikutip oleh banyak ulama dalam fatwa dan kitab-kitab mereka. Ibnu Taimiyah menyebutkannya dalam Majmu 'fatawa. Ibnu al-Qayyim juga menukilnya. Imam an-Nawawi dalam Syarah Muslim juga mengutipnya dari Abi al-Qasim al-Qusyairy yang meriwayatkan dari Abu 'Ali Ad-Daqqaq an-Naisaburi as-Syafie. Kemungkinan besar Abu Ali Ad-Daqqaq inilah yang pertama mengutip ungkapan di atas. Walaupun bukan hadis, isi dan jiwa kalimat tersebut selaras dengan Surah Ali Imran ayat 104, at-Taubah: 71, dan lain-lain. Juga seirama dengan makna banyak hadis amar makruf dan nahi mungkar.
Setiap mukmin berkewajipan untuk mengingkari yang salah dan menyeru kepada yang makruf sesuai dengan kemampuannya. Rasulullah bersabda, "Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran hendaklah mengubahnya dengan tangan (atau kekuasaannya) apabila tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lisannya (nasihat) dan jika tidak kuasa maka hendaklah mengingkari dengan hatinya, yang terakhir ini adalah selemah-lemah iman." (HR Imam Muslim).
Bila seorang Muslim tidak melakukan nahi mungkar padahal mampu dan tidak ada penghalang maka dia adalah syaitan gagu. Lebih parah lagi bila ada orang yang menyuarakan kebatilan, dia digelar sebagai jurucakap syaitan.
Langkah PAS untuk mengambil pendirian berkecuali dalam isu 1MDB tidak bermaksud parti itu mempertahankan kejahatan, kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau berkata ia kerana parti itu tidak mahu menjatuhkan hukuman sebelum ia terbukti benar-benar melakukan kesalahan.
“Pas ambil pendirian untuk tidak mengamalkan budaya terus menghukum individu yang terlibat dengan dakwaan salah laku pengurusan 1MDB, jadi kita berkecuali dalam isu ini.
"Pendirian berkecuali ini bukan bermakna Pas membela orang yang jahat, tetapi kita mahu tuduhan itu dikendalikan seadilnya. Kita hendak orang yang dituduh dianggap tidak bersalah (sebelum dibuktikan)," katanya seperti dipetik Sinar Harian, hari ini.
Beliau juga menempelak sikap mereka yang terlalu cepat menjatuhkan hukuman terhadap pihak yang baru sahaja dituduh dan belum dibuktikan bersalah.
Februari lalu, Abdul Hadi dilaporkan berkata PAS pernah berjumpa sendiri dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib untuk memberi teguran berkaitan isu itu, selain membangkitkannya di Parlimen.
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) mendakwa sekurang-kurangnya AS$4.5 bilion dana 1MDB diselewengkan dan mahu merampas aset bernilai AS$1.7 bilion yang diperolehi daripada syarikat itu dan dicuci melalui sistem kewangan negara itu.
Najib yang juga pengerusi lembaga penasihat 1MDB bertegas menafikan sebarang salah laku.
Dua hari lalu, beliau juga berkata laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai perkara itu telah membersihkan namanya.
Menurut Sinar Harian lagi, Abdul Hadi turut berpesan agar rakyat tidak terus lupa kepada kesalahan pihak yang dituduh jika dia akhirnya dibuktikan bersalah.
“Islam ini kalau menghukum orang bukan menilai salah dia sahaja, tetapi mesti lihat kepada jasa-jasa dia, bila dia buat baik mesti diambil kira jasa dia," katanya ketika berucap di program Dialog Anak Muda Gagasan Sejahtera seperti dipetik. - MK