Beliau berkata jabatan itu menerima maklumat berhubung kegiatan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang membuat program bancian warga asing dan kegiatan mendaftarkan kad-kad kebajikan kepada warga asing.
Menurutnya, Imigresen turut menerima aduan daripada majikan dan orang ramai yang merasakan ditipu oleh ejen-ejen NGO yang melakukan kegiatan mendaftar kad kebajikan dengan mengenakan bayaran tertentu namun fungsi kad tersebut tidak seperti yang dijanjikan.
Mustafar menegaskan bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen tidak pernah mengeluarkan arahan atau melantik mana-mana syarikat untuk menguruskan bancian warga asing dan menguruskan kebajikan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berada di Malaysia.
"Jabatan Imigresen mengingatkan majikan dan orang ramai bahawa hanya i-kad yang tulen dan dikeluarkan oleh Imigresen sahaja yang diiktiraf."
"Jabatan Imigresen tidak memperakui dan tidak mengiktiraf sebarang kad kebajikan, kad imigran, dan lain-lain kad selain i-kad yang dikeluarkan Imigresen," kata Mustafar dalam satu kenyataan di sini hari ini. #sumber