PAS Tidak Akan Meletakkan Calon "Parti Ikatan" Di Negeri Kelantan ! kabarmalay3.blogspot.com


KOTA BHARU: Gagasan Sejahtera, pakatan pembangkang yang diterajui PAS, tidak akan meletakkan calon daripada Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) untuk bertanding di mana-mana kerusi di Kelantan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata Ikatan akan membantu PAS di mana-mana kerusi yang ditandingi oleh parti berkenaan.

“Ikatan ini saya sebut secara jelas, daripada apa yang disampaikan oleh presidennya (Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir), dia sendiri pun tak berminat nak bertanding, tapi dia akan bantu untuk PAS menang.

“Kalau dia bertanding pun, mungkin dalam 1 atau 2 kerusi sahaja (di luar Kelantan). Itu pun akan diputuskan di peringkat pusat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Himpunan Bangkit Pertahan Kelantan di Padang Perdana malam tadi.

Ditanya mengenai pengagihan kerusi yang akan ditandingi oleh PAS pada PRU14, Mohd Amar berkata, secara umum perkara itu telah diselesaikan, namun belum diperincikan.

“Sasaran kita ialah kita nak memerintah, sebab itu kita akan bertanding lebih daripada 130 kerusi. Kita ada sasaran maksimum dan sasaran minimum.

“Maksimum (menang kerusi) ialah menjadi kerajaan, tapi minimumnya kita mesti menang sekurang-kurangnya 40 kerusi supaya kita boleh mencorakkan hala tuju dan juga masa depan politik negara,” katanya. #sumber

Subscribe to receive free email updates: