Bakar Harun: 'Dakyah' Pemimpin Pembangkang Gagal Gugat UMNO Pekan kabarmalay3.blogspot.com


PEKAN: UMNO Bahagian Pekan tidak tergugat dengan cubaan pembangkang menghasut rakyat termasuk peneroka Felda di kawasan pinggir bandar di kawasan itu untuk membenci kerajaan Barisan Nasional (BN).

Timbalan ketuanya, Datuk Seri Abu Bakar Harun berkata berita yang disebarkan pembangkang termasuk menerusi media sosial lebih banyak berunsurkan fitnah serta tuduhan tak berasas.

"Pembangkang seperti biasalah...ada sahaja benda nak hasut pemikiran rakyat, peneroka Felda pula ditakut-takutkan kononnya tanah mereka akan dirampas jika Datuk Seri Najib Tun Razak terus menjadi Perdana Menteri.

"Keputusan mengenai Felda dibuat melalui mesyuarat lembaga pengarahnya, bukan main suka-suka arah saja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jualan Sentuhan Rakyat di Taman Selasih, Paloh Hinai, dekat sini hari ini.

Dalam pada itu, Abu Bakar, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda negeri, turut meminta golongan peneroka supaya tidak mudah terpedaya dengan Manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanto. #sumber

Subscribe to receive free email updates: