Biar pun ia belum diumumkan secara rasmi, namun dari segi gerak kerja parti itu ternyata nama yang disebut-sebut ialah Pegawai Khas Tong Lai sendiri iatu Datuk Andrew Wong Kean Hwee.
Sementara itu dipihak UMNO pula mereka masih berharap agar kerusi Parlimen Kuantan terus kekal ditandingi oleh parti itu.
"Kita juga sudah ada calon berwibawa untuk merampas kerusi itu dari PKR. Senario sekarang berbeza kerana pembangkang sudah berpecah kepada dua kumpulan. PAS tidak lagi bersama PKR, ini memberi kelebihan kepada UMNO untuk menang", kata seorang penyokong UMNO yang ditemui.
Persoalannya sekarang, jika kerusi Parlimen Kuantan dikembalikan kepada MCA apakah penyokong UMNO dapat memberi kerjasama untuk membantu kempen mereka. Sedangkan sebelum ini ada laporan MCA tidak membantu kemenangan calon UMNO pada dua pilihanraya terdahulu.
Apa pun, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi parti manakah yang akan menwakili BN di Parlimen Kuantan pada PRU14 ini nanti. Apakah kedua-dua pihak dapat bersetuju jika calon mereka tidak dipilih?. Inilah yang menjadi kemusykilan ramai pihak sekarang" #PDO