Saya tidak harap simpati sesiapa, saya buat atas pilihan sendiri - Rafizi kabarmalay3.blogspot.com


Kamu mungkin mengenali saya. Saya Rafizi Ramli, umur 40 tahun, Sama seperti kamu, saya seorang bapa, seorang suami dan seorang anak lelaki.
Pagi ini (7 Februari 2018), hakim Zamri Bakar memutuskan bahawa saya bersalah dalam kes perbicaraan BAFIA yang berlangsung sekian lama.
Saya dijatuhi hukuman penjara 2.5 tahun. Bersama dengan hukuman penjara 1.5 tahun kes OSA, saya kini berdepan penjara 4 tahun.
Saya dituduh mendedahkan maklumat perbankan sulit keluarga Tan Sri Shahrizat Jalil (foto, bawah) dan beberapa syarikat yang dimiliki oleh mereka.


Saya mempunyai 13 kes yang sedang dibicarakan tetapi ini adalah kes pertama yang memulakan segalanya.
Ini juga adalah skandal awam pertama yang saya dedahkan: kisah lembu dan kondominium, yang kita semua tahu sekarang. Dana rakyat berjumlah RM250 juta yang bertujuan membantu petani miskin akhirnya digunakan untuk membeli kondominium mewah dan membiayai perniagaan lain.
Enam tahun sudah berlalu dan sebahagian besar daripada kita sudah melupakannya. Begitulah lumrah hidup - kita teruskan kehidupan.
Tetapi dalam setiap skandal rasuah, sesetengah orang tidak boleh bergerak ke hadapan. Sesetengah mereka terjebak dengan akibatnya. Mereka membayar harga yang tinggi apabila rasuah dibenarkan berterusan.
Sebagai contoh - saya tidak mengambil satu sen pun daripada duit rakyat - namun saya dan seorang kerani bank akan terpaksa merengkuk begitu lama di penjara.
Tiada seorang pun yang terbabit dalam skandal itu pernah didakwa. Sebaliknya, hanya Johari Mohamad (kerani bank) dan saya yang diseret ke mahkamah.
Lebih buruk lagi, jutaan rakyat Malaysia terpaksa menanggung kegagalan NFC yang tidak dihukum. Harga daging lembu tetap tinggi dan kebelakangan ini menjadi tidak mampu dibeli oleh kebanyakan isi rumah atau keluarga di negara ini.

Wang RM250 juta itu tidak pernah diperolehi semula sepenuhnya.
Saya telah menunaikan tanggungjawab saya. Saya langsung tidak menyesal. Hidup berterusan, apa yang bakal terjadi kepada keluarga saya, saya akan lakukan yang terbaik. Kami lega kerana telah melakukan tugas kami.
Jika terdapat sekelumit kemarahan dan kekecewaan berhubung apa yang berlaku hari ini, ini bermakna kamu mengambil berat. Ini bermakna kamu membenci apa yang sedang berlaku. Ini bermakna kamu boleh merasai ketidakadilan yang berlaku di sekeliling.
Jangan biarkan perasaan itu hanya membara seketika dalam diri kamu.
Perubahan sekitar bermula dengan diri kamu.
Saya tidak perlu simpati daripada sesiapa, saya membuat pilihan sendiri. Saya mahu kamu bertindak berdasarkan perasaan dan naluri, supaya kita dapat membuat perubahaan bersama-sama.

Kami memerlukan kamu untuk menjadi sukarelawan. Kami memerlukan kamu menyumbang kepada crowdfunding supaya lebih ramai rakyat bertindak mengikut hati nurani mereka.
Sama seperti yang saya lakukan apabila saya memutuskan untuk pergi selepas skandal NFC. Saya bertindak mengikut hati nurani saya.
Saya menyiapkan video ini semalam dengan menjangkakan yang terburuk, kerana saya tahu Jabatan Peguam Negara akan memohon hukuman denda yang tinggi dan tempoh penjara yang panjang.
Pagi ini, Jabatan Peguam Negara memohon denda RM500,000 dan hukuman penjara. Nasib baik, hakim hanya menjatuhkan hukuman penjara kerana jika tidak, saya tidak akan mempunyai wang untuk membayar dan akan terus dihumban ke penjara.
Jadi perjuangan mesti diteruskan dan saya akan berjumpa dengan kamu tidak lama lagi.
Sementara itu, mari bekerjasama untuk mengakhiri semua ini.


Bertindak mengikut hati nurani kamu sekarang:
Kamu boleh menyumbang di bit.ly/contributeNOW
atau
Kamu boleh menyumbang terus ke akaun Maybank INVOKE:
INVOKE Solutions Sdn Bhd
5622 0964 0698
atau
Sekiranya kamu ingin membuat sumbangan dari luar negara, sila hubungi terus menggunakan kod perbankan:
MBBEMYKL 62209 atau
Kamu juga boleh membeli buku-buku kami, barangan (t-shirt, topi, payung dan sebagainya) dan buku agen undi (PACA) dalam talian dengan mengklik http://ift.tt/2E80X2e
Paling penting, sila mendaftar hari ini untuk menjadi sukarelawan untuk membantu menumbangkan Datuk Seri Najib Razak pada pilihan raya umum akan datang.
Daftar sekarang di bit.ly/JOMJOININVOKE
RAFIZI RAMLI adalah naib presiden PKR dan juga anggota parlimen Pandan. - MK
Tulisan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi CelahGelegar

Subscribe to receive free email updates: