KUANTAN: Ketua Penerangan PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Temerloh, Ustaz Nasruddin Hassan dilaporkan akan bertanding di Indera Mahkota pada PRU14 ini.
Angin bertiup kencang mengatakan beliau akan berpindah ke Parlimen Indera Mahkota semakin kuat kedengaran sekarang ini.
Malahan, PAS Kawasan Indera Mahkota juga sudah mempromosikan kain rentang tertera gambar beliau sempena sambutan Tahun Baharu Cina baru-baru ini.
Umum mengetahui, Nasaruddin menang di Temerloh pada PRU13 lalu kerana sokongan penuh dari kalangan penyokong Pakatan Rakyat (PR) terutamanya kaum Tionghua, Malah, PR bukan sahaja berjaya menawan DUN Mentakab dan DUN Kuala Semantan, malah turut memenangkan beliau bagi kerusi parlimen Temerloh itu sendiri.
Mungkin, dek kerana melihat dua DUN berkenaan yang diwakili DAP dan AMANAH kini berada dalam Pakatan Harapan (PH) maka Nasruddin terpaksa meninggalkan kerusi tersebut untuk bertanding di Indera Mahkota.
Apapun, jika ini berlaku maka ia sudah pasti akan memanaskan lagi kerusi parlimen Indera Mahkota yang menangi oleh Dato' Fauzi Abdul Rahman dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Pertembungan tiga penjuru sudah pasti dapat disaksikan, dan ia memberi tamparan hebat kepada PKR sendiri, begitu juga UMNO BN sebenarnya.
Benarkah Nasruddin akan bertanding di kerusi Parlimen Indera Mahkota pada PRU14 ini?. Segalanya masih belum terjawab lagi sebenarnya. sama-sama kita nantikan. #PDO