Minta KSN Tarik Balik Hasrat Jadikan PTD bahan Eksperimen kabarmalay3.blogspot.com


Mahasiswa Pakatan Harapan (Harapan)  menggesa Ketua Setiausaha, Tan Sri Dr Ali Hamsa menarik balik pelan eksperimen berhubung isu hanya graduan kelas pertama tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) diberi peluang mengisi jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik di negara ini.

Menerusi kenyataan bersama oleh Mahasiswa Harapan, berkata, alasan eksperimen itu tidak boleh diguna pakai untuk situasi ini , kerana perbandingan prestasi di antara golongan graduan kelas pertama dan graduan kelas kedua atas, dan kelas kedua bawah, sudah boleh dilakukan sekarang berdasarkan prestasi pegawai tadbir diplomatik bertugas daripada dua kelompok graduan ini.

"Pada pendapat kami, justifikasi dari Ketua Setiausaha Negara  itu  satu percubaan mengelaskan polisi baru dan lebih kepada suatu eksperimen sahaja," kata kenyataan bersama Mahasiswa PKR, Amanah Nasional dan DAPSY Biro Hal Ehwal Varsity,itu hari ini.


Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan hanya graduan kelas pertama tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ditawarkan peluang sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik dalam perkhidmatan awam bagi sesi  pengambilan Julai dan Ogos ini.

Justeru itu soal kumpulan mahasiswa itu, adakah Ali selaku Ketua Setiausaha Negara sedang menyatakan bahawa di antara 10,000 Pegawai Tadbir Diplomatik yang kini bertugas di seluruh negara, mereka yang datang daripada golongan graduan kelas kedua atas dan kelas kedua bawah tidak berprestasi sebaik Pegawai Tadbir Diplomatik yang datang daripada golongan graduan kelas pertama.

Mengulas lanjut,jelas mereka Mahasiswa Harapan mengambil berat isu ini kerana ia membabitkan soal diskriminasi terhadap dua golongan graduan.

Kelompok pertama yang di diskriminasi oleh polisi baru ini ialah golongan graduan kelas kedua atas dan kelas kedua bawah yang sebelum ini berpeluang untuk menjadi pegawai tadbir diplomatik dalam perkhidmatan awam. -SH

Subscribe to receive free email updates: