Ahmad Maslan: Biro Media Sosial UMN, Kendalikan "Berita Palsu" Dengan Bijak kabarmalay3.blogspot.com


LABUAN:  Biro media sosial dan teknologi maklumat (IT) UMNO harus memperluaskan pengetahuan bagi membolehkan mereka menangkis dakwaan tidak berasas dan berita palsu yang sengaja diwujudkan untuk mencemar nama baik kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah.

Pengerusi biro teknologi maklumat UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata perkara ini penting menjelang berlangsungnya pilihan raya umum ke-14.

"Apa yang kami mahu lihat adalah semua biro media sosial dan IT UMNO di seluruh negara melaksanakan peranan aktif dalam menyebar maklumat berkaitan program kerajaan yang memberi manfaat kepada masyarakat keseluruhannya," kata beliau kepada Bernama selepas melawat ke sebuah kilang mi kuning di sini hari ini.

Ahmad, yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO, berkata anggota UMNO, terutamanya mereka yang berhasrat menjadi calon, perlu celik IT dan melibatkan diri secara aktif dalam media sosial seperti WhatsApp, telegram, tweeter, Instagram serta Facebook.

Beliau berkata ini penting oleh kerana media sosial berperanan besar dalam kempen politik merangkumi semua aspek.

"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya membenarkan kempen politik dijalankan sehingga 12 tengah malam dan SPR tiada peraturan untuk mengehadkan kempen politik menerusi media sosial, dan ini menjadikan media sosial malah lebih menarik lagi," katanya.

Beliau berkata platform media sosial dapat membantu pemimpin politik terutamanya bakal calon untuk mendekati masyarakat di semua peringkat, lebih-lebih lagi golongan belia.

Ahmad berkata pilihan raya yang bakal menjelang itu akan menyaksikan peningkatan perbuatan memfitnah serta dakwaan tidak berasas daripada pelbagai pihak dan ia mesti ditangani dengan berkesan oleh biro media sosial dan IT UMNO.

Beliau mengingatkan pengguna media sosial agar tidak menyalahgunakannya, sebaliknya menggunakan kemudahan itu secara beretika untuk berkongsi berita dan maklumat yang telah pun disahkan.

"Kita tidak boleh semata-mata berkongi berita yang belum disahkan ataupun berita palsu yang hanya akan membawa akibat buruk dan mengelirukan masyarakat," katanya.

Ahmad menegaskan berita palsu dan fitnah bukan diwujudkan oleh jentera BN, tetapi oleh mereka yang 'bankrap isu.' #sumber

Subscribe to receive free email updates: