Bomba Temui Mayat Remaja Lemas Di Kedalaman Lebih 10 Meter kabarmalay3.blogspot.com


KUANTAN: Kegembiraan 12 sabahat  ke Taman Eko Rimba Berkelah berakhir tragedi selepas dua daripada mereka ditemui lemas selepas mandi di  tingkat tujuh air terjun tersebut.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Mohd Sani Harul berkata, mayat Azfar ditemui pada jam 7.56 pagi pada kedalaman 10 meter manakala mayat Shah Faris ditemui sembilan minit kemudian pada kedalaman 12 meter.

Menurutnya, SAR yang bermula sejak semalam selepas pihaknya menerima panggilan pada jam 3.11 petang semalam berjaya menemui dua mangsa berkenaan sebelum  dibawa keluar menggunakan helikopter.

“Dua mangsa ini berjaya ditemui pasukan penyelamat di air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang selain turut dibantu Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam,”katanya.
Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat menggunakan helikopter.

Mangsa Muhammad Shah Faris Shahrin dan Azfar Mohammad masing-masing berusia 22 tahun berasal dari  Pandamaran, Selangor ditemui pegawai dan anggota bomba kira-kira jam 8 pagi tadi selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) mereka digerakkan sejak semalam. #sumber

Subscribe to receive free email updates: