Tun Dr Mahathir: "PPSMI" Akan Di Perkenalkan Semula Jika Pakatan Menang kabarmalay3.blogspot.com


KUANTAN: Pakatan Harapan (Harapan) tidak menolak kemungkinan untuk memperkenalkan semula Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sekiranya parti gabungan itu menang pada PRU14.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, itu antara cadangan yang diberikan pertimbangan dan akan dilaksanakan seandainya PPSMI dimahukan rakyat.

"Kita (Harapan) mungkin akan perkenalkan balik PPSMI. Kalau majoriti rakyat nak (PPSMI), kita akan laksanakan.

Tapi dalam hal ini, terpulang kepada rakyat dan kita akan (pertimbangkan) jika itu yang mereka mahu," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Tertutup Dengan Pemimpin Harapan Pahang, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Harapan Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

Dasar PPSMI diperkenalkan hasil Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada Julai 2002 dipengerusikan Dr Mahathir yang ketika itu Perdana Menteri.

Ia dilaksanakan secara berperingkat bermula sesi persekolahan 2003, sebelum dimansuhkan bermula 2012 selepas mendapat kritikan daripada pemimpin politik, ibu bapa dan pakar bahasa sejak 2009. #sumber

Subscribe to receive free email updates: