Safian: Lapor Polis Jika Ada Terima Tawaran Jualan Darjah Kebesaran! kabarmalay3.blogspot.com


KUANTAN: "Individu yang menerima tawaran atau mempunyai maklumat berkaitan penjualan darjah kebesaran Pahang diminta membuat laporan polis," kata Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail.

Beliau berkata ia bagi membantu siasatan pihak polis dalam penjualan darjah kebesaran itu khususnya yang melibatkan tawaran secara lisan.

"Individu yang menawarkan darjah kebesaran melalui media sosial mudah dikesan, cuma kita memohon bantuan daripada mereka yang dihubungi secara lisan atau secara sembunyi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Muhammad Safian berkata kerajaan negeri juga ada membuat laporan polis berkaitan perkara itu berdasarkan kes yang diketahui di media sosial.

Baru-baru ini, polis menahan empat individu termasuk seorang wanita bergelar Datin berhubung penjualan darjah kebesaran Pahang termasuk yang membawa gelaran 'Datuk' dan 'Datuk Seri' yang tidak wujud.

Mereka yang ditahan sekitar Kuala Lumpur dan Melaka difahamkan mengiklankan penjualan itu di media sosial dengan harga anggaran antara RM180,000 hingga RM400,000. #sumber

Subscribe to receive free email updates: