Bakal MB Pakatan Harapan, Fauzi Intai Tanding Kerusi 'DUN' Sungai Lembing ! kabarmalay3.blogspot.com


KUANTAN: Desas-desus kedengaran, Pengerusi PKR Pahang iaitu Dato' Fauzi Abdul Rahman akan bertanding di dua kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 ini. 

Beliau dijangka mengekalkan kerusi Parlimen Indera Mahkota yang dimenanginya pada pilihanraya lalu dan sedang mengintai untuk  turut bertanding kerusi DUN pada kali ini.

Fauzi kini adalah Penyelaras DUN Sungai Lembing, Parlimen Paya Besar. Ini memungkinkan beliau akan turut bertanding di kerusi itu sebenarnya. 

Malah, beliau juga dilihat sering terlibat dengan program mendekati rakyat di DUN terbabit mutakhir ini.

Jika benar perkara ini, maka ia mungkin langkah persediaan Pakatan Harapan untuk mengangkat Fauzi sebagai Menteri Besar Pahang, sekiranya menang PRU14 nanti. 

Pertembungan tiga penjuru sudah pasti berlaku di DUN Sungai Lembing melibarkan BN-PKR dan juga PAS. Pastinya pertembungan sengit dapat disaksikan sekiranya Fauzi menjadi calon Pakatan Harapan untuk bertanding di situ. #PDO


Subscribe to receive free email updates: