Tipu pakej Gunung Kinabalu, ibu tunggal dipenjara 11 bulan kabarmalay3.blogspot.com

 
Tertuduh menawarkan pakej mendaki Gunung Kinabalu, lalu mangsa membayar secara berperingkat, namun mangsa tidak menerima perkhidmatan yang ditawarkan.


Kinabalu

KUALA LUMPUR: Seorang ibu tunggal terpaksa meringkuk dalam penjara 11 bulan akibat tindakannya menyalah guna wang seorang peguam berhubung pakej mendaki Gunung Kinabalu.

Mahkamah Majistret Ampang menjatuhkan hukuman itu terhadap Saliza Rosbeh, 30, seorang pekerja katering, selepas tertuduh mengaku bersalah atas 2 pertuduhan menyalahgunakan wang milik Azlina Jamaluddin, 50, yang masing-masing berjumlah RM2,100 dan RM2,550.

Majistret Haslinda A Raof memerintahkan wanita itu dipenjara 11 bulan bagi pertuduhan pertama dan 10 bulan bagi pertuduhan kedua dengan kedua-dua hukuman itu bermula tarikh tertuduh ditangkap pada 15 Ogos 2017.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di rumah mangsa di Jalan Kemensah Heights antara 8.00 pagi dan 5.00 petang, 8 Disember 2016 dan 1.08 petang, 7 Jun lepas mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan, membawa hukuman penjara maksimum 5 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda.
 Mengikut fakta kes, tertuduh yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah, telah menawarkan pakej mendaki Gunung Kinabalu kepada mangsa lalu mangsa membuat bayaran secara berperingkat kepada tertuduh namun selepas bayaran dibuat, mangsa tidak menerima perkhidmatan yang ditawarkan.

Ketika rayuan, Saliza yang tidak diwakili peguam, memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kerana dia perlu menyara 3 anaknya selepas bercerai dengan suaminya 3 tahun lalu.

Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat dengan mengambil kira kes seperti itu kerap berlaku selain tindakan tertuduh menyebabkan mangsa mengalami kerugian

Subscribe to receive free email updates: