Kenapa perlu import buku teks dari luar? kabarmalay3.blogspot.com

OLEH AFIX REDZUAN



KUALA LUMPUR: Tindakan Kementerian Pendidikan memperkenalkan buku teks baru mata pelajaran Bahasa Inggeris bagi pelajar Tahun 1 dan Tingkatan 1 serta 2 yang diimport dari luar negara menimbulkan persoalan.

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari berkata, hal itu kerana langkah terbabit didakwa membabitkan kos tinggi dan tidak mencirikan budaya, di Malaysia.

Katanya, kos menyediakan dua buku terbitan Cambridge University Press dan Macmillan itu menelan belanja hampir RM33 juta kerana membabitkan hampir 850,000 pelajar.

“Persoalan timbul apabila buku ini dikatakan diimport tetapi dicetak dan diedarkan syarikat penerbitan tempatan dan adakah ia sengaja dilabel ‘import’ untuk merujuk harga mahal yang perlu dibayar?

“Buku ‘Super Minds’ akan digunakan pelajar Tahun 1, manakala ‘Pulse 2’ pula digunakan pelajar Tingkatan 1 dan 2 dengan satu salinan berharga RM38.80, manakala untuk peringkat menengah RM38.

 

 “Berbanding buku teks terbitan syarikat tempatan, ia hanya berharga bawah RM10 bagi satu salinan,” katanya dalam sidang media, di Pusat Media Parlimen.

Zairil berkata, buku teks itu disalin sepenuhnya daripada versi asal yang mengikuti konteks British dan tiada kandungan tempatan.

Pada masa sama, katanya, buku teks Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang digunakan sebelum ini tidak akan diedarkan tetapi mungkin bakal digunakan sebagai buku rujukan.

“Untuk memudahkan proses pembelajaran, penggunaan elemen budaya tempatan akan lebih membantu berbanding budaya asing yang hanya akan mengelirukan pelajar juga guru.

“Akhirnya, pembelajaran Bahasa Inggeris akan menjadi lebih sukar,” katanya.

Subscribe to receive free email updates: