[Hanya 2 Berkecuali] 6 MP PAS BERSAMA PH dalam Undi Belah Bahagian Dewan Rakyat kabarmalay3.blogspot.com


Ahli Parlimen PAS yang mengundi menolak Bajet 2018 dalam usul pengundian blok (belah bahagian) malam semalam, mungkin tidak menerima arahan mengenai cara mengundi, kata seorang rakan mereka. 

Ahli Parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad berkata mereka mungkin terkejut. 

“Mungkin mereka tidak dapat arahan (mengenai pengundian blok). Terkejut,” kata Idris kepada Malaysiakini. 

Beliau bagaimana pun enggan menjawab apabila ditanya sama ada arahan yang dimaksudkannya adalah supaya ahli parlimen PAS mengambil pendirian berkecuali dengan tidak mengundi. 

Namun, katanya setiap wakil rakyat PAS bebas membuat keputusan mereka sendiri, dan tiada tindakan akan diambil terhadap mereka. 

Malam semalam, pembangkang hampir berjaya menolak Bajet 2018 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi peringkat jawatankuasa Bajet peringkat jawatankuasa diluluskan dengan 52 anggota parlimen mengundi untuk menyokong manakala 51 yang lain membantah. 

Idris, yang adalah naib presiden PAS, dan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff memilih untuk tidak mengundi. 

Bagaimanapun, enam ahli parlimen PAS yang lain mengundi menentang belanjawan itu, iaitu Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena), Ahmad Marzuk Shaary (Bachok), Wan Hassan Mohd Ramli (Dungun), Nik Mazian Nik Mohamad (Pasir Puteh), Izani Husin (Pengkalan Chepa) dan Ahmad Baihaki Atiqullah (Kubang Kerian). 

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan pemimpin tertinggi lain, Datuk Takiyuddin Hassan, Nasrudin Hassan, Nik Abduh Nik Aziz, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali dan Che Rosli Che Mat tidak hadir. 

Idris kemudian membidas mereka yang memfitnahnya dan Siti Zailah kerana menjauhkan diri dari undi blok tersebut. Di dalam catatan Facebook, beliau berkata bahawa undi blok malam tadi bukanlah protes terhadap kenaikan kos sara hidup. - MK

Subscribe to receive free email updates: