Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno dicadang tidak dipertandingkan kabarmalay3.blogspot.com

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Dua jawatan tertinggi dalam Umno, Presiden dan Timbalan Presiden dicadangkan tidak dipertandingkan pada pemilihan parti tahun hadapan.
 
Perkara itu diusulkan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata dengan itu fokus untuk mengukuhkan Umno dan Barisan Nasional (BN) dikalangan bukan Melayu boleh dipertingkatkan selain dapat mengelakkan sesetengah pihak melaga-lagakan dua pemimpin tertinggi parti itu.
 
Hishamuddin berkata, kebimbangan terbesarnya ialah BN akan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tanpa sokongan pengundi bukan Melayu.
 
“Perkara paling penting untuk kita ialah jentera dan kepimpinan Umno di semua peringkat memfokuskan PRU14.
 
“Jika ia bermakna dua jawatan tertinggi kekal tidak dipertandingkan kerana usul dikemukakan di peringkat bahagian, maka saya akan menyokongnya.
 
“Ia (juga) menghalang orang daripada cuba melaga-lagakan Zahid dengan saya, Zahid dan perdana menteri atau saya terhadap perdana menteri,” katanya dipetik portal Mstar.
 
Ogos lalu, Umno bahagian Masjid Tanah meluluskan usul mencadangkan Presidennya, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kekal memegang dua jawatan tertinggi itu.
 
Zahid dilantik Majlis Tertinggi Umno untuk menjalankan tugas timbalan presiden selepas parti itu menggantung sebelum memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin, Februari 2016.
 
Bagaimanapun, menteri pertahanan itu berkata, cadangan berkenaan tidak akan dibangkitkan dalam Perhimpunan Agung Umno sebagai usul.
 
“Saya sudah jelaskan kepada speaker yang kita tidak akan menyentuh pemilihan Umno akan datang kerana sekarang terlalu dekat dengan PRU.”
 
Hishammuddin berkata, ia penting untuk BN mendapat sokongan semua kaum dan menggesa pengundi mempertimbangkannya.
 
“Jika kami memenangi pilihan raya akan datang, saya mahu mempunyai undi bukan Melayu yang munasabah kerana kita semua pemegang amanah di Malaysia.
 
“Kebimbangan terbesar saya bukan Barisan kalah dalam pilihan raya umum, tetapi menang tanpa sokongan bukan Melayu,” katanya.
 
 

Subscribe to receive free email updates: