Ku Nan: Jangan lagakan UMNO dan PAS! kabarmalay3.blogspot.com



Semua pihak digesa supaya tidak melaga-lagakan hubungan antara PAS dengan Umno kata Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Kita tunggulah, jangan laga-lagakan Umno dan PAS dan bangsa lain termasuk komponen parti.

“Tunggu sahaja apa yang akan berlaku. Bukan hanya dengan PAS, barangkali dengan parti-parti lain pun kita boleh bergabung, tidak ada masalah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Nadi Negara 2017 di PWTC hari ini.

Menjelang Persidangan Agung Umno 2017 bulan hadapan, isu itu dijangka bakal menjadi topik hangat para perwakilan parti.

Tengku Adnan yang senang di sapa sebagai Ku Nan berkata demikian ketika ditanya mengenai Datuk Seri Najib Razak yang pernah menghulurkan salam perpaduan kepada PAS ketika Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015.

Rentetan itu, PAS dilihat berada di 'belakang' Umno apabila sikap mesra yang ditunjukkan pemimpinnya dalam dasar Umno dan kerajaan.

PAS bagaimanapun menafikan kerjasama dengan Umno, sebaliknya permuafakatan di antara dua parti itu atas konsep taawun iaitu penyatuan atau kerjasama dalam perkara kebaikan dan bukan perkara kejahatan.

Subscribe to receive free email updates: