[Perbalahan Bazzar Tok Guru] Mahkamah TOLAK Injunksi Husam kabarmalay3.blogspot.com


Permohonan injunksi saya ditolak. Permohanan asal untuk Mahkamah menentukan milikan bangunan Wisma Tok Guru pula akan didengar pada 4 Disember 2017.
Penolakan injunksi bermakna Pas boleh menjalankan aktivitinya di atas ‘tanah’ lot-lot berkenaan. Namun perintah penolakan permohonan Injuksi oleh Mahkamah tidak menyentuh tentang hak saya kepada keseluruhan bangunan WTG termasuklah dewan terbuka berbumbung. 
Jika bangunan tersebut dimasuki PAS maka ianya suatu pencerobohan sehingga Mahkamah bersidang dan memutuskan kedudukan milikan bangunan berkenaan pada Disember ini.
Saya menerima keputusan dengan lapang dada.
Saya ucapkan berbanyak terima kasih pada team peguam dan para penyokong Amanah dan orang ramai yang mengiringi perbicaraan. Juga YA Hakim Mahkamah Tinggi KB yang membicarakan kes.
YB Dato Husam Musa
16 November 2017/27 Safar 1439

Subscribe to receive free email updates: