KUALA LUMPUR: Seorang penceramah Islam warga Kanada memfailkan saman fitnah terhadap penceramah kontroversi Zamihan Mat Zin kerana catatan Facebook.
Abu Ameenah Bilal Philips, yang memfailkan saman pada September, berkata Zamihan melabel beliau “penyokong terorisme antarabangsa”.
Dalam pernyataan tuntutannya, Bilal Philips berakta Zamihan membuat catatan sejak November tahun lalu, yang memaparkan gambar beliau dan label mengatakan beliau menyokong terorisme antarabangsa.
Beliau berkata catatan terbaru dibuat sebelum satu acara agama yang akan diadakan di Perlis bulan depan, di mana warga Kanada itu diundang sebagai speaker.
Bilal Philips berkata perkataan yang digunakan untuk menggambarkan beliau itu adalah salah, memfitnah dan tidak berasas, kerana beliau berusaha mempromosikan keamanan dan menolak terorisme yang dilakukan atas nama Islam.
Beliau berkata dakwaan defendan membayangkan beliau terlibat dalamt terorisme dan keganasan, dan ceramah direka untuk mencapai objektif itu.
Bilal Philips berkata catatan itu terdapat 119 perkongsian Facebook apabila saman dibuat, dan Zamihan membuat kenyataan lanjut di catatan asal di lamannya.
Penceramah terkenal itu, yang memeluk Islam pada 1970-an, menulis kira-kira 50 buku mengenai Islam, dan dijemput ke pelbagai program TV keagamaan seperti “Peace TV”, “Huda TV” dan “The Deen Show, Chicago”.
Bilal Philips, yang diangkat antara 500 orang Islam paling berpengaruh di dunia tahun ini, menuntut ganti rugi am RM1 juta serta ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan yang dirasakan wajar oleh mahkamah.
Beliau juga memohon perintah sekatan dan injunksi bagi menghalang Zamihan mengulangi kata-katanya, dan menuntut Zamihan membuat permohonan maaf secara terbuka di akhbar pilihan plantif.
Dalam pembelaan yang difailkan pada 19 Oktober, Zamihan berkata kenyataan tentang penglibatan Bilal Philips dalam aktiviti berkaitan pengganas diambil daripada laporan berita yang tersiar di National Post dan The Guardian, serta polis.
Zamihan mendakwa plaintif dilarang memasuki beberapa negara seperti Jerman, United Kingdom, Denmark dan Kenya.
Peguam Meor Amir Meor Omar Baki, yang mewakili Abu Ameenah, di pengurusan kes hari ini berkata Zamihan memohon plaintif meletakkan wang di mahkamah sebagai sekuriti untuk kos.
Permohonan itu dibuat apabila plaintif seorang warga asing dan defendan tidak boleh mendapatkan kos jika saman digugurkan.
Satu lagi pengurusan kes ditetapkan pada 30 November. #sumber