Dollah: Jangan Pandai-Pandai Nak Cakap Azam Azih Bakal Tinggalkan Pahang kabarmalay3.blogspot.com


KUANTAN: Pengendali Tok Gajah mengingatkan penyokong untuk tidak mudah percaya dengan khabar angin atau berita sebaran media sosial tidak rasmi skuad itu.

Dollah Salleh, 54, berkata, penyokong tidak perlu membaca atau mendengar berita yang tidak sahih mengenai pasukan atau pemain, lebih-lebih lagi skuadnya.

"Kami masih bercuti lagi. Belum ada perkembangan terbaharu. Namun kita telah melepaskan beberapa pemain (lapan orang) bagi saingan Liga Malaysia musim depan.

"Itu sahaja yang betul. Yang lain-lain kami (Persatuan Bola Sepak Pahang) belum membuat sebarang keputusan.

"Baru semalam (Selasa) kami berjumpa dan membincangkan perancangan musim depan.
"Apa yang saya boleh cakap setakat ni semua pemain (selain yang dilepaskan) kekal dengan kita," ujarnya.

Dalam pada itu, Dollah menolak khabar angin mengenai salah seorang pemain mudanya, Muhamad Nor Azam Abdul Azih akan meninggalkan pasukan itu.

"Siapa cakap? Tak perlulah percaya dengan media sosial. Ramai sangat yang nak jadi 'reporter'," ujarnya ringkas. #sumber

Subscribe to receive free email updates: