1MDB bukti buruknya amalan siasatan terpilih SPRM kabarmalay3.blogspot.com

MALAYSIADETELINE

Tony Pua

Tindakan kerajaan melayan skandal 1MDB seolah-olah ia bahan jenaka menunjukkan betapa buruknya amalan siasatan terpilih di negara ini, selar ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Mengulas kenyataan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Wira Razali Ibrahim yang mahu semua pihak bersabar menunggu hasil siasatan skandal 1MDB, Tony berkata laporan polis pertama terhadap 1MDB dibuat pada 2014 namun hanya pada Jun 2015 Menteri Dalam Negeri memaklumkan kertas siasatan telah dirujuk kepada Peguam Negara pada Mac tahun yang sama.

“Ini bermakna sudah lebih dua tahun berlalu, kertas siasatan itu masih berpindah tangan antara Peguam Negara dan polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau membuat perbandingan siasatan SPRM ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang dilakukan dalam tempoh dua bulan.

Tony justeru mempersoalkan mengapa tahap kecekapan yang ditunjukkan pihak berkuasa dalam menyiasat pemimpin pembangkang tidak berlaku dalam skandal 1MDB.

“Dengan kehilangan berbilion ringgit dana awam negara yang dipercayai digunakan bagi
menampung gaya hidup sesetengah pihak, perlu untuk kami bertanya siapa sebenarnya yang kerajaan pertahankan… rakyat atau penyangak yang berada di tampuk kuasa?” soal beliau.

Razali ketika ditanya pemberita berhubung perkembangan siasatan skandal 1MDB dipetik sebagai berkata, “Orang Cina kata ‘man man lah man-man’ (perlahan-lahan lah, perlahan-lahan)… Jadi kita tunggu perkara yang sedang disiasat oleh pihak berkaitan, insya Allah kebenaran itu akan terbukti”.

Subscribe to receive free email updates: