PRU: Calon Bebas Khaidir Ahmad Rayu "Tajaan" 1,000 Kain Rentang kabarmalay3.blogspot.com


TEMERLOH: Calon Bebas, Khaidir Ahmad merayu pengundi dan masyarakat yang prihatin untuk mendapatkan kira-kira 1,000 kain rentang bagi membantu perjalanan kempennya.

Bertanding di kerusi Parlimen Temerloh dan Dun Lanchang, bekas Ketua Pengarang Berita TV3 itu mengakui kesuntukan masa selain kewangan terhad membataskan kemampuannya.


Menurutnya, rayuan tersebut turut dimuat naik melalui beberapa laman sosial miliknya sejak kelmarin.

“Setakat ini saya sudah dapat 200 kain rentang yang disumbangkan beberapa individu prihatin. Terima kasih kepada mereka.

“Selain kewangan terhad dan kesuntukan masa, keupayaan kedai percetakan di sekitar daerah ini juga sedikit sebanyak menyulitkan usaha saya.

“Saya dengan ini merayu bantuan sahabat dan penyokong di seluruh negara agar dapat menyumbangkan (jumlahnya terpulang kepada kemampuan masing-masing) banner bersaiz 6 kaki X 4 kaki dan bunting bersaiz 2 kaki X 4 kaki seperti reka bentuk yang disertakan (boleh muat turun atau saya hantar artwork asal menerusi email),” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurutnya, semua bahan yang sudah siap dicetak boleh dihantar terus ke Pusat Gerakan Calon Bebas, Lot 921 A,Kampung Durian Tikus, Lebak,KM10 7 Jalan Triang, 28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur selewat-lewatnya tiga hari sebelum hari mengundi.

Beliau turut merayu penderma supaya menggunakan perkhidmatan Pos Laju atau courier supaya sampai selewat-lewatnya tiga hari sebelum hari mengundi (5 Mei 2018)

“Segala sumbangan dan jasa baik semua, saya dahului dengan jutaan terima kasih dan hanya ALLAH yang dapat membalasnya dengan kebaikan jua,” katanya. #sumber

Subscribe to receive free email updates: