Gambar-gambar hiasan |
Apabila membaca kisah sesetengah kaum wanita, ataupun lelaki di dunia ini yang membeli beg atau jam tangan dengan harga ratusan ribu, bahkan sehingga hampir satu juta untuk setiap satu, kita menjadi hairan.
Lebih hairan lagi apabila membaca berita mereka memiliki puluhan bahkan ratusan beg atau jam seperti itu.
Tidak pernah puas.
Bukan sahaja kita hairan dengan kekayaan yang maha luar biasa itu, kita juga hairan apakah kegilaan yang ada dalam fikiran mereka.
Bukan ramai orang yang boleh tahu harga beg-beg atau jam-jam itu untuk dibanggakan. Kemudian, jika pun ada yang tahu, tidakkah itu satu pembaziran yang keterlaluan.
Jika satu ataupun dua mungkin munasabah. Tapi jika sampai puluhan dan ratusan, amat menghairankan.
Di kala orang lain membilang-bilang helaian wang yang berbaki dalam poket mereka untuk membolehkan mereka terus hidup, tergamakkah kita membeli barangan seperti itu dengan harga yang membolehkan diberikan makanan kepada jutaan fakir miskin.
Ini puncanya tidak lain hanyalah kerana nilai kesombongan dan sikap ingin menunjuk-nunjuk kemegahan diri dibandingkan oleh lain.
Maka, dengan itu kita fahamlah mengapa Al-Quran menyatakan PEMBAZIR itu SAUDARA SYAITAN.
Dosa-dosa lain disebut sebagai jalan atau langkah syaitan.
Namun, pembazir dipersaudarakan dengan syaitan.
Ini kerana ia memusnahkan nilai dalam diri kita, boleh memusnahkan masyarakat dan memusnahkan NEGARA keseluruhannya.
Bulan Ramadhan elakkan pembaziran.
😥😭😭😭😭😭😭 Tulisan Oleh: