KUALA LUMPUR: Ketika terdapat ura-ura mahu mewujudkan Hindu Endowment Board (HEB) di semua negeri di Malaysia dan dikawal selia pada peringkat nasional, terdapat usaha seolah-olah mahu membubarkan JAKIM, kononnya atas sebab musabab ianya dipolitikkan oleh sesetengah pihak, walaupun dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan jelas termaktub Islam sebagai Agama Negara.
Sabtu lepas lidah pengarang MCA, The Star melaporkan bahawa Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran berkata kerajaan sedang merancang untuk mewujudkan HEB di seluruh negeri bagi memastikan pematuhan dan keseragaman dalam pengurusan kuil-kuil Hindu di seluruh negara.
“We want to model it on Penang’s Hindu Endowment Board, but expand on that and implement an improved version. We hope to enact a law on this as well.”
Sambil mengingatkan bahawa cadangan untuk mengadakan HEB di setiap negeri merupakan salah satu daripada manifesto PRU14 Pakatan Harapan.
Lain pula halnya dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau yang lebih dikenali ramai sebagai JAKIM.
Hari ini beberapa portal melaporkanNaib Presiden Parti Amanah Negara, Mujahid Rawa bahawa peranan JAKIM perlu di putuskan oleh Majlis Raja-Raja kerana ianya telah dipolitikan sebelum ini, khasnya dalam isu RUU 355 dan juga bagi mengelak daripada Majlis Raja-Raja diketepikan.
Sebelum ini juga Tun Mahathir pernah berkata bahawa Pakatan Harapan akan menilai semula keperluan keberadaan JAKIM sekiranya menang PRU-14 kelak, sambil menambah tidak ada perkara yang kekal.
“Jika kita menang, kita akan lihat ia masih diperlukan. Tidak ada perkara yang kekal.”