Pelantikan itu adalah mengikut "perenggan (b) Fasal (2) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan."
Dr Mahathir telah diterima mengadap oleh Yang di-Pertuan Agong pada jam 5 petang hari ini bersamaan 18 Mei 2018.
Perdana Menteri1. Tun Dr Mahathir Mohamad (Bersatu - Langkawi)
Timbalan Perdana Menteri
2. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKR - Pandan)
Menteri
BERSATU:
3. Menteri Dalam Negeri: Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh)
4. Menteri Pendidikan: Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam)
5. Menteri Pembangunan Luar Bandar: Rina Harun (Titiwangsa)
PKR:
6. Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Pandan)
7. Menteri Hal Ehwal Ekonomi: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Gombak)
8. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Datuk Zuraida Kamaruddin (Ampang)
DAP:
9. Menteri Kewangan: Lim Guan Eng (Bagan)
10. Menteri Pengangkutan: Anthony Loke Siew Fook (Seremban)
11. Menteri Komunikasi dan Multimedia: Gobind Singh Deo (Puchong)
12. Menteri Tenaga Manusia: Kulasegaran a/l V. Murugeson (Ipoh Barat)
AMANAH:
13. Menteri Pertahanan: Mohamad Sabu (Kota Raja)
14. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani: Salahuddin Ayub (Pulai)
15. Menteri Kesihatan: Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor)
Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan kepada nama-nama yang dicadangkan dan istiadat mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah rahsia sebagai Menteri Persekutuan akan diadakan pada hari Isnin, 21 Mei 2018 pukul 11.30 pagi di Istana Negara.