Tunjukkan pada Rakyat Kerjaan PH juga Pertahankan Melayu Islam kabarmalay3.blogspot.com



APABILA HINDRAF CARI PASAL, INI ENAM PENGAJARAN BUAT ORANG MELAYU 

Hari ini orang Melayu sudah berpecah belah. Perpecahan itu telah menyebabkan kita diasak bertubi-tubi dari pelbagai sudut sehingga satu persatu hak kita hilang.

Pengajaran hari ini buat orang Melayu :

1. Orang Melayu Islam hari ini sudah hilang taring. Wakil rakyat Melayu terutamanya juga sudah cair identiti dan tidak lagi lantang mempertahankan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera yang sudah termaktub didalam perlembangaan. Alasan mudah untuk berlepas diri, semua pekara ini tidak perlu dirisaukan kerana perlembagaan telah melindunginya. Siapa yang risau terlebih, akan dilabel sebagai golongan "paranoid.

2. Orang Cina cukup lantang mempertahankan hak mereka. Contoh isu bahasa dan isu sekolah. Walaupun bercanggah dengan semangat kebangsaan dan perpaduan, demi survival bangsa mereka, mereka tetap perjuangkan selama berpuluh tahun sehingga hari ini mereka berjaya mendesak kerajaan dan pembangkang untuk mengiktiraf UEC.

3. Hari ini, orang Hindraf pula mengambil kesempatan diatas perpecahan orang Melayu untuk mengaut hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera. Diminta pula tanah Felda untuk diberikan kepada mereka dan UiTM dibuka kepada semua kaum.

4. Jurang ekonomi antara orang Melayu & Bumiputra berbanding kaum-kaum lain amatlah luas dan tidak seimbang. Sebab itu, orang Melayu kena bangun pertahankan hak mereka yang sudah termaktub di dalam perlembagaan. Itupun. ada lagi wakil rakyat Melayu membisu ketika orang lain sengaja mencabar perlembangaan.

5. Sejarah Kontrak Sosial sedang digelapkan. Ramai generasi baru sudah tidak faham apakah itu perjanjian kontrak sosial yang pernah dipersejui bersama untuk mengjaga keharmonian antara kaum. Salah satu pekara yang telah dipersetujui adalah hak-hak istimewa orang Melayu. Tetapi hari ini, ramai yang sedang mempertikai hak istimewa ini. Masih ada lagi ke wakil rakyat yang berani menyebut tentang konrak sosial ini ?

6. "Malaysian Malaysia" itu adalah jarum halus untuk menghapuskan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera. Bunyinya sedap didengar, tetapi ia adalah satu pengkhianatan kepada kontrak sosial. 

Banyak lagi hakikat yang orang Melayu belum sedar. Cukuplah enam pengajaran ini dulu untuk membuka mata kita. Kita tidak menjadi rasis kerana kita sedang mempertahankan hak kita yang sedang dirobek oleh orang lain. 

Jika anda adalah orang Melayu Islam yang insaf dan mahu berjuangan mengangkat kembali martabat Melayu, bantu kami untuk isi petition ini  : https://chn.ge/2xiR7eV (Sudah lebih 81,974 orang mengisinya)

Subscribe to receive free email updates: