Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad mengumumkan beliau akan memegang jawatan Menteri Pelajaran manakala timbalannya, Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menjawat jawatan Menteri Kebajikan, Keluarga dan Wanita.
Istiadat mengangkat sumpah jawatan menteri akan diumumkan pada Isnin depan setelah mendapat perkenan Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.
Ketua Umum Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim akan menjadi seorang daripada enam teratas (top six) merangkumi kesemua pemimpin tertinggi iaitu:
Pengerusi (1)
Ketua Umum (1)
Presiden (1)
Timbalan Presiden (3)
Presiden (1)
Timbalan Presiden (3)
Saiz kabinet ditetapkan kepada 25 kementerian tetapi jumlah itu boleh ditambah berdasarkan keperluan semasa namun tidak bersandarkan jumlah kemenangan kerusi parti komponen.
Majlis Presiden kini berjumlah 22 orang diwaklili lima wakil setiap parti. Enam pemimpin utama termasuk Anwar akan bersidang bagi menentukan hala tuju dan mengkaji kedudukan pemimpin parti pembangkang yang berhasrat menyertai Pakatan Harapan.