KJ yang PATUT LETAK JAWATAN kabarmalay3.blogspot.com


KUALA LUMPUR – Kegagalan Pemuda Umno menarik sokongan anak muda di lihat antara punca kekalahan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum 14 yang lalu.
Menurut pemerhati politik Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman ketika menghubungi SuaraTV sebentar tadi berkata, Khairy Jamaluddin perlu mengambil sikap bertanggungjawab dengan meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda Umno Malaysia.
“Saya lihat antara punca utama kekalahan Umno dan Barisan Nasional adalah kerana kegagalan sayap Pemuda (Umno) menarik sokongan pengundi baru dan anak muda.
“Walau apapun alasan diberikan, kena akui BN/Umno kalah hampir di semua saluran pengundi baru dan muda.
“Maka saya melihat Pemuda Umno telah gagal, KJ serta seluruh barisan Exconya harus berani memikul tanggungjawab bersama dengan meletakkan jawatan,” katanya.
Mohamad Shahrum yang juga merupakan bekas ahli parlimen Lipis turut menyifatkan Ketua Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebagai seorang ahli politik yang berjiwa besar.
“Saya hormat dengan Ketua Puteri yang mengambil keputusan untuk tidak bertanding sebarang jawatan di semua peringkat dalam pemilihan parti nanti.
“Pada saya Ketua Puteri lebih ‘jantan’ dari KJ yang hanya berani bercakap di media apabila BN telah kalah. Persoalannya apa yang beliau buat selaku Ketua Pemuda sebelum ini,” soalnya pula.
Terdahulu Mas Ermieyati yang juga merupakan ahli parlimen Masjid Tanah, berkata keputusan untuk tidak bertanding itu dibuat bagi memberi ruang kepada pemimpin lain untuk memimpin Umno ke arah transformasi yang mKJenyeluruh.
Khairy bagaimana pun sehingga kini masih belum membuat sebarang pengumuman mengenainya.
Pada 22 Mei lepas, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menjalankan tugas presiden parti, berkata pemilihan parti peringkat cawangan diadakan daripada 19 Mei hingga 10 Jun, pemilihan ketua sayap pada 23 Jun, manakala pemilihan Majlis Tertinggi Umno pada 30 Jun. – SuaraTV

Subscribe to receive free email updates: