Nik Omar: Ambo Bukan Keluar Agama, Pas hanya wadah kabarmalay3.blogspot.com

KETEREH: Nik Omar Nik Abdul Aziz berkata beliau menerima keputusan PAS untuk memecatnya, susulan tindakannya untuk bertanding di bawah tiket PKR di kerusi negeri Chempaka.

“Ambo (saya) tidak ada apa, ambo bukan keluar daripada agama. (Tetapi) keluar daripada organisasi. Organinasi ini tak kekal,” katanya selepas menghadiri ceramah Pakatan Harapan di sini malam tadi.

Menurutnya, arwah ayahnya, bekas mursyidul am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri tidak meletakkan PAS mengatasi perjuangan.

“Tok Guru pernah sebut, kalau Umno tukar dasar, PAS terbubar dengan sendiri. Macam mana boleh terbubar kalau benda itu dasar? Maknanya ini (parti) hanya alat atau wadah, jadi bertukar tidak ada masalah.
“Ambo tak keluar (PAS) ambo dipecat, tidak ada masalah,” katanya.

Nik Omar, yang merupakan abang kepada calon PAS Bachok, Nik Mohamad Abduh, sebelum ini menjadi sasaran beberapa pemimpin PAS, termasuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang mengkritiknya kerana meninggalkan perjuangan PAS yang pernah dipimpin ayahnya.

Sementara itu, Nik Omar, yang bakal berkongsi pentas dengan Tun Dr Mahathir Mohamad malam esok di Putrajaya, berkata keputusannya bertanding melawan PAS bukan dibuat mengejut, sebaliknya dimuktamadkan sejak sebulan lalu.

Katanya, ia dibuat selepas membuat pelbagai pertimbangan.

“Kita berdoa kepada Allah, biar Allah tunjuk isyarat macam mana. Jadi dan sampai satu saat, kita buat keputusan,” katanya.

Subscribe to receive free email updates: