Majlis Ulang Tahun UMNO 'Kecoh', Pemuda Gesa Najib Letak Jawatan kabarmalay3.blogspot.com


KUALA LUMPUR: Suasana tenang selepas majlis ulang tahun UMNO ke-72 bertukar ganas apabila berlaku pertengkaran antara Pemuda UMNO.

Ia tercetus apabila Ahli Jawatankuasa UMNO Seputeh, Muhammad Takiuddin Halim berkata dia menyokong gesaan Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Razlan Rafii, dan meminta pimpinan tertinggi parti bertanggungjawab atas kekalahan teruk Barisan Nasional.

Kata-kata Takiuddin itu menyebabkan dia ditarik sekumpulan Pemuda UmnoUMNO yang tidak bersetuju dengan desakan itu. Kumpulan itu mengejar Takiuddin hingga ke dalam perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Polis bantuan di PWTC terpaksa campur tangan bagi menenangkan keadaan, dan suasana kembali tenang selepas Taikuddin dibawa pergi. #sumber

Subscribe to receive free email updates: